Home » bsp2016

bsp2016

2015 telah lama meninggalkan kita.2016 pula telah menjengah ke bulan April. Tahun yang penuh dengan pancaroba.Kita diasak dengan pelbagai spekulasi. Antaranya, rakyat Malaysia mula hilang keupayaan dalam ekonomi & kewangan disebabkan beberapa faktor, dan ramai penjawat swasta dan awam diberhentikan atas faktor ketidak mampuan membayar gaji dan sebagainya.

Apa yang pasti kini, kadar tol di lebuh raya utama Malaysia telah dinaikkan pada Jan 2016. GST pula telah menyambut ulang tahun pertamanya pada 1 April yang lalu. Tidak terkesan kah kita? Ditambah dengan kenaikan harga petrol. Satu demi satu subsidi dihapuskan.

Namun, hidup perlu diteruskan. Walau badai melanda, kita tetap perlu melangkah kehadapan. Bagi memberi idea dan solusi kepada permasalahan ini, EmpayarQaseh Group buat julungkalinya merangka satu pertemuan bagi berkongsi idea bisnes yang bakal memberi penambahbaikan kepada tahap ekonomi Ummah. Dengan objektif untuk membentuk satu Jemaah bisnes berlandaskan konsep Barakah Practice, kami dengan ini membuka peluang seluas-luasnya, menyeru semua muslimin dan muslimat untuk turut samahadir ke Business Starter Programme 2016.

24 April 2016 dipilih sebagai tarikh pertemuan pertama bagi anda yang berminat untuk mengubah masa depan bersama kami di Empayar Qaseh Group. Menjana pendapatan bagi mengharungiliku-liku kehidupan. Lokasi pertemuan di 27-1 JalanDataranKemuning, Taman Kemuning, Senawang, Negeri Sembilan.

Antara tip serta strategi yang bakal dikongsikan di dalam Business Starter Programme @ BSP2016 termasuklah:
• Qaseh is The Right Formulation (4:3:7).
• Bagaimana anda boleh meluaskan pasaran melalui rangkaian.
• Market Segmentation Qaseh Gold.
• Bagaimana Qaseh boleh membantu membina kehidupan sihat & berkualiti.

Insya Allah, berdasarkan tip dan strategi di atas, anda akan mengetahui lanjut tentang:

1) Bagaimana untuk memulakan sesuatu bisnes dalam keadaan mindset yang betul. Apa yang dikatakan mindset yang betul ini??? Mindset yang betul ialah apabila anda tahu apa nak buat. Dalam bahasa inggeris di sebut sebagai Direction, “Knowing What You are Doing”

2) Dalam masa yang sama, insya Allah anda akan mula melangkah dalam mengejar impian anda. Kita semua ada impian masing-masing, betul???Jadi jangan jadikan impian anda sebagai angan-angan. Tapi tukar impian anda menjadi kenyataan Insya Allah.
Cipta.Percaya.Capai!
3) Dan anda akan faham apa yang dikatakan “Nak lari laju anda boleh lari sorang-sorang, nak lari jauh anda boleh lari bersama kami” Inilah antara kekuatan kami di bawah EmpayarQaseh Group. Iaitu bergerak secara TEAMWORK!

Kalau anda ingin mengubah hidup anda, andalah yang kami cari. Kalau anda tiadakeinginan untuk mengubah hidup anda, anda jugalah yang selalu kami perhati. Bukan susah nak hidup susah, dan bukan mudah untuk hidup mudah! Pilihan di tangan anda…

Jadi jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera kerana tempat adalah sangat terhad. Dan ianya PERCUMA tau…

JUMPA ANDA SEMUA DI SANA!!!

 

error: Sorry, untuk kegunaan Empayar Qaseh Group Sahaja! PM En Azlan