Home » Masalah Kesihatan » Jerebu teruk? Anda perlukan makanan yang meningkatkan sistem imun tubuh

Jerebu teruk? Anda perlukan makanan yang meningkatkan sistem imun tubuh

Apakah itu Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. [1] Kod panduan Organisasi Meteorologi Dunia (“World Meteorological Organization”) termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. [2] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah habuk, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai “jerebu basah.”

Di Amerika Syarikat dan di tempat lain, istilah “jerebu” dalam kesusasteraan meteorologi umumnya digunakan untuk mewakili aerosol jenis basah yang mengurangkan-penglihatan. Aerosol seperti itu biasanya timbul hasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara. Satu komponen halus aerosol jerebu basah kelihatannya datangnya dari bahan yang dikeluarkan oleh pokok, seperti terpenes . Bagi kesemua sebab-sebab ini, jerebu basah cenderung untuk wujud kebanyakannya sebagai fenomena musim panas lembab. Kawasan luas yang diselitupi jerebu yang meliputi beribu-ribu kilometer mampu terhasil dalam keadaan yang sesuai pada setiap musim panas.

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPU Status
0 – 50 – Baik
51- 100 – Sederhana
101- 200 – Tidak sihat
201- 300 – Sangat tidak sihat
301+  Berbahaya

20151021023651
NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan
Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

  1. Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  2. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  3. Mata terasa pedih dan berair.
  4. Hidung berair dan kerap bersin.
  5. Kulit badan terasa gatal-gatal.
  6. Terasa sakit dada.

 

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

 

tidakan semasa jerebu kkm

 

Bagaimana nak tingkatkan Sistem Imun Kita Ketika Jerebu Melanda?

Qaseh Gold merupakan Formulasi Makanan sunnah yang kaya dengan Anti Oksida, makanan yang kaya dengan anti oksida membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Manna atau gam arab merupakan salah satu komponen dalam qaseh gold. keistimewaan manna adalah ia merupakan prebiotik semulajadi.

Slide30

Qaseh Gold adinda
Qaseh Gold adinda
Qaseh Gold Kekanda
Qaseh Gold Kekanda
Qaseh Gold Premier
Qaseh Gold Premier

 

Check Also

Testimoni diabetis

Masalah kencing manis selesai setelah mengamalkan SOLE. SOLE meneutralkan kandungan gula dalam darah.

error: Sorry, untuk kegunaan Empayar Qaseh Group Sahaja! PM En Azlan