Home » Kandungan Qaseh Gold » Khasiat makanan sunnah Manna / Gam Arab

Khasiat makanan sunnah Manna / Gam Arab

“Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Manna” dan “Salwa”, (serta Kami berfirman): “Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. (Al-Baqarah 57)”

Gam arab diperolehi dengan menoreh kulit sebagaimana pohon getah ditoreh untuk mengeluarkan susu getah.

Kajian saintifik keatas Gum Arabic mendapati ia berkesan digunakan sebagai Prebiotik. Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin. Ini bermakna Gum Arabic/Gam Arab  adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.

Prebiotik adalah sejenis makanan untuk bakteria semula jadi yang terdapat dalam perut yang menentukan pengkhadaman makanan dapat berfungsi dengan baik. Bahan ini kini terdapat dalam makanan seperti berteh, beberapa jenis roti dan juga kapsul kebanyakannya di impot dari Barat.

Kajian (Cardiff University) keatas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Gum Arabic selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah. Kajian lain di University sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan penurunan gula dalam darah yang memberi kesan positif kepad pengidap kencing manis.

Antara kajian yang dijalankan menunjukkan kebaikan Gum Arabic :

  • Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.
  • Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).
  • Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.
  • Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.
  • Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.
  • Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .
  • Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.
  • Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease).

Arabic Gum / Manna adalah 100% serat. Ia sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori, vitamin atau mineral tetapi sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan.
Epal dikatakan serat pemakanan terlarut tertinggi dikalangan semua tumbuhan semulajadi, tetapi kajian membuktikan dengan kuantiti berat yang sama membawa kepada penemuan berikut:
Epal – 2.3% serat terlarut
Manna – 86.6% serat terlarut.

Makanan sunnah Gam Arab ini dikatakan mempunyai kandungan prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu and 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.

Cara mudah amalkan pemakanan sunnah  adalah dengan mengambil Qaseh Gold Junior yang mengandungi Gam Arab membantu meningkatkan sistem imun anak.

qaseh gold junior
qaseh gold junior

Check Also

14 perkara yang anda perlu tahu tentang Gojes by Qaseh Gold:-

**************************************************************************** **Produk Kecantikan Terbaik Berasaskan Makanan Sunnah** ****************************************************************************   Apa itu Gojes by Qaseh Gold? …

error: Sorry, untuk kegunaan Empayar Qaseh Group Sahaja! PM En Azlan