Home » Usahawan Qaseh Gold » Latar belakang Ana Edar Sdn Bhd

Latar belakang Ana Edar Sdn Bhd

 

ana edar

Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan pasaran yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui produk jenama ANA yang halal, selamat dan bermutu.

 

Ana Edar Sdn. Bhd. mendokong falsafah perniagaan yang sama iaitu menjalankan perniagaan sebagai fardhu kifayah, serta menjiwai teras visi dan misi penting iaitu melahirkan usahawan Muslim yang berwibawa dan berdaya saing, serta memperkasakan pengedaran produk Muslim yang bermutu, halal dan selamat di bawah jenama ANA. Ana Edar Sdn. Bhd. yakin hasrat untuk menaiktarafkan kemampuan ekonomi ummah melalui perniagaan yang telus dan disinari ajaran Islam serta rangkaian produk yang halal, selamat dan bermutu.
Ana Edar Sdn. Bhd. juga berhasrat menembusi pasaran halal antarabangsa dan memainkan peranan penting dalam memartabatkan piawaian halal demi kepentingan ummah sejagat.

 

Kami mengalu-alukan kehadiran anda, sama ada sebagai stokkis, pengedar atau pengguna untuk mewujudkan kerjasama erat ke arah mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

 

“Wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami hasanah di dunia, dan hasanah di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka…” Amin Ya Rabbal Alamin.

sertaikamisebagairakaniaga

Check Also

Sesi Sharing & Coaching

Sharing semasa lunch hour bersama rania-rania hebat RQM. Belajar ilmu sales dan marketing molek-molek ya …

Leave a Reply

error: Sorry, untuk kegunaan Empayar Qaseh Group Sahaja! PM En Azlan