Home » Kandungan Qaseh Gold » Keistimewaan Qaseh Gold

Keistimewaan Qaseh Gold

madu lebahMADU “…dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)…” (An-Nahl:69) “Ambillah, pergunakanlah olehmu sekelian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran.” (Riwayat Ibnu Majah)

Tidak dapat disangkal lagi, madu memang kaya dengan vitamin dan mineral untuk menyokong sistem tubuh yang sihat. Terkenal sebagai agen mencerdaskan minda dan meningkatkan tenaga. Madu bercirikan anti bakteria, anti oksidan dan anti virus untuk menguatkan sistem imun tubuh.

 

 

KURMAKURMA “…dan gegarkanlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan.” (Maryam:23-26) Sabda Nabi: “…berbukalah kamu dengan kurma sebab kurma itu barah (berkat)…” (Riwayat Abu Daud, Abu Darda’ dan Sayuti)

Buah 1001 fungsi yang dikisahkan dalam surah Maryam. Kaya dengan gula semulajadi untuk membekalkan tenaga fizikal dan minda. Kajian menunjukkan kurma mengandungi konsentrasi anti oksidan polyphenol yang tertinggi di kalangan buah-buahan kering. Amalan memakan kurma turut membantu menstabilkan emosi. Kurma juga kaya dengan serat untuk membantu pelawasan.

 

 

TIINBUAH TIIN “Demi buah Tiin dan buah Zaitun, demi Gunung Sinai dan negeri Makkah yang dijadikan aman…” (At-Tiin:1) “Makanlah kamu semua dan makan darinya (Buah Tiin), sabda Nabi lagi “Sekiranya aku katakana sesungghnya buah yang turun dari syurga, maka aku katakana ‘inilah buahnya’ “ (Riwayat Abu Daud, Abu Darda’ dan Sayuti)

Buah yang enak ini dipilih oleh Allah untuk bersumpah dengannya dalam surah At Tin dan pastinya mempunyai nilai kesihatan yang banyak. Merupakan sumber mineral, vitamin dan anti oksidan yang penting bagi meningkatkan keupayaan tubuh serta menguatkan sistem ketahanan tubuh bagi melawan jangkitan. Buah tiin juga dikatakan berupaya melegakan keletihan dan merangsang kuasa otak.

 

 

minyak zaitunZAITUN “Demi buah Tiin dan buah Zaitun, demi Gunung Sinai dan negeri Makkah yang dijadikan aman…” (At-Tiin:1) Firman ALLAH lagi: “…lampu itu dinyalakan dengan minyak daripada pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pohon Zaitun…” (An-Nur:35) “Gunakanlah sari Zaitun sebagai lauk dan minyak sesungguhnya ia berasal daripada pohon yang diberkati/” (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Minyak Zaitun cukup popular di negara Mediterranean dan merupakan salah satu makanan warisan Rasulullah SAW yang cukup unik. Minyak zaitun kaya dengan vitamin E dan polypenols, sejenis anti oksidan yang berupaya melindungi sel tubuh daripada kerosakan. Mengamalkan minyak zaitun dalam diet seharian boleh membantu memberi perlindungan awal kepada tubuh daripada risiko penyakit merbahaya seperti masalah jantung.

 

DELIMADELIMA Delima dipilih kerana ia tinggi kandungan anti-oksidan. Seperti yang kita tahu, anti-oksidan penting untuk menghapuskan radikal bebas di dalam badan kita yang boleh merosakkan organ malah boleh menjadi penyebab kanser.

Antara buah yang disebut dalam Al-Quran. Pepatah Melayu ada member kiasan “merah bak delima merkah”. Secantik isinya, delima juga kaya dengan vitamin dan mineral serta anti oksidan yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancar ke seluruh tubuh serta membantu membaikpulih sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas.

 

ZAAFZA’FARAN Dalam kitab perubatan Sayyidina Ali: “Sesiapa yang mengambil Za’faran tulen dan su’dun satu bahagian dicampurkan dengan madu, diminum sebanyak dua mithqal (sudu) setiap hari, beliau akan dikagumi akan daya ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.” Za’faran juga masyhur di kalangan mereka yang mengamalkan perubatan secara Islam.

Dikatakan rempah termahal di dunia tetapi padat dengan khasiat kesihatan. Merupakan sumber mineral yang baik seperti kalsium, potassium, zat besi dan zink yang sememangnya diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang sihat dan kuat.Baik untuk membantu melegakan masalah asma, insomnia, batuk, kemurungan dan penghadaman.

 

HABHABBATUS SAUDA’ “Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As-Sam. Para sahabat bertanya ‘Ya Rasulullah, apakah itu As-Sam?’ Jawab Rasulullah: ‘As-Sam itu adalah maut.’ “ (Riwayat Bukhari).

Juga dikenali sebagai jintan hitam. Dalam satu hadis yang cukup memberi harapan, Nabi Muhammad SAW menyifatkan habbatus sauda’ sebagai menjadi penawar kepada pelbagai penyakit kecuali mati. Kajian mendapati habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imun tubuh dan membekalkan tenaga kerana cirinya anti bakteria, anti virus anti histamin, anti fungus dan anti oksidan serta dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti asma, bronkitis, eczema, alahan dan batuk.

 

 

air zam zamAIR ZAM-ZAM “Air yang terbaik di permukaan bumi adalah air zam-zam. Ia mengandungi makanan yang bergizi dan meyembuhkan penyakit/” (Riwayat At-Tabrani). Sabda Nabi juga: “Zam-zam diberkati dan mengandungi makanan bergizi.” (Riwayat Muslim) .

Air yang penuh keberkatan dan berupaya merawat pelbagai penyakit. Mengandungi mineral yang lengkap dan seimbang yang dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh.

 

arabic gun mannaARABIC GUM (MANNA) Arabic Gum juga adalah sejenis bahan yang sangat bermanfaat kepada tubuh manusia kerana ia merupakan pembekal ‘prebiotik’ semulajadi. Prebiotik adalah makanan kepada bakteria baik yang hidup dalam usus kita dan berperanan memastikan sistem penghadaman dan pembuangan berfungsi dengan optimum.

Check Also

14 perkara yang anda perlu tahu tentang Gojes by Qaseh Gold:-

**************************************************************************** **Produk Kecantikan Terbaik Berasaskan Makanan Sunnah** ****************************************************************************   Apa itu Gojes by Qaseh Gold? …

Leave a Reply

error: Sorry, untuk kegunaan Empayar Qaseh Group Sahaja! PM En Azlan