Home » Uncategorized » MLM patuh syariah oleh UZAR
mlm patuh syariah

MLM patuh syariah oleh UZAR

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Beliau :

Sesiapa yang ingin menyertai Multilevel Marketing sebagai punca pendapatan sampingan atau yang utama, antaranya saya CADANGKAN MLM syarikat Ana Edar Sdn Bhd. Saya bersama Prof. Madya Dr Azman Mohd Noor telah menyemak dan memperbaiki kontrak-kontrak, borang, syarat-syarat, sistem insentif dan bonus. Semakan berkala dari semasa ke semasa juga akan dijalankan.

Malah juga telah menyemak sistem kiraan dan berkomputer untuk pembayaran. Kami sahkan ia sekadar penelitian kami denganbersungguh lagi fokus, insha Allah ia mematuhi kehendak hukum fiqh Islam dan HALAL disertai oleh orang ramai. Selain itu, kami juga telah melantik Ustaz Azalee B. Abu Bakar selaku Eksekutif Shariah (lepasan Fiqh & Usul Fiqh, Al-Azhar University & MA Shariah UKM) secara sepenuh masa untuk berada dalam syarikat bagi memastikan pemantauan perlaksanaan dibuat secara aktif dan mengikuti kehendak resolusi mesyuarat Shariah. Boleh contact azalee.anaedar@gmail.com untuk sebarang soalan berkaitan Shariah Ana Edar. Wallahu’alam.

Sebuah lagi MLM yang halal, yang telah saya dan Dato’ Dr. Zahazan Mohamed lakukan semakan dan boleh disertai orang ramai adalah Stormreaders Sdn Bhd.

Tahniah kepada kepimpinan utama syarikat yang begitu peka dan bersungguh dalam memastikan kepatuhan hukum Fiqh Islam dalam bisnes mereka, semoga perniagaan mereka diberkati dan mendapat sokongan semua.

 

mlm patuh syariah

error: Sorry, untuk kegunaan Empayar Qaseh Group Sahaja! PM En Azlan